2 FAKTOR EKONOMI MALAYSIA BAKAL JATUH PADA 2023 & APA ANDA PERLU LAKUKAN

1. Kalau tengok statistik, Malaysia dah kira bagus in the first half. GDP pun semakin menaik sejak Q4’21. Tapi kenapa tiba-tiba dijangka jatuh? Bukan ke kes COVID semakin turun dan ekonomi dah berjalan macam biasa sejak border dibuka semula? Jawapan mudah, sebab ekonomi kita masih bergantung kepada keadaan ekonomi negara-negara lain.
2. Bagi yang belajar ekonomi, kita tahu yang ekonomi sesebuah negara bergantung kepada keadaan eksport dan import selain komponen-komponen lain dan trade partner kita yang paling besar tak lain tak bukan adalah China. Lebih kurang 15% daripada eksport Malaysia pergi kepada China dan kita juga import barang China dalam 26%.

ZERO-COVID DI CHINA
3. Tahu tak China masih implement polisi ‘zero-COVID’ sekarang? Keadaan dia sama macam awal-awal kita PKP dulu. Masih ada kawasan kena lockdown, tourist kena kuarantin sebelum boleh keluar, kena beratur di luar kedai dan macam-macam lagi. Sebaliknya, Malaysia dan kebanyakan negara lain dah implement ‘living with COVID’ strategy. So kita dah boleh keluar macam biasa cuma kena pakai mask dekat tempat tertentu. In other words, kita tak ketat sangat macam China.
4. Macam yang kita alami masa awal-awal COVID dulu, strict COVID measures akan hadkan perjalanan ekonomi dan itu yang China tengah hadapi sekarang. Tapi bukan ke China dah ketat sebelum ni? Kenapa baru sekarang kita akan terkesan? Antaranya sebab ekonomi China semakin parah!!! Q2’22 baru-baru ini, ekonomi China naik tak sampai 0.5%, dan first time dalam masa 30 tahun pertumbuhan ekonomi China direkodkan yang paling teruk kalau banding dengan negara jiran yang lain. Dan China so far takde plan nak tukar polisi COVID, jadi agak payah nak recover.

KONFLIK RUSIA & UKRAINE
5. Rusia dan Ukraine bukanlah antara top countries kita berniaga tapi disebabkan negara-negara ini adalah top pengeluar kepada bahan mentah yang kita tak boleh lari; minyak mentah dan gandum. 25% gandum yang Malaysia import datang dari Ukraine. So bila Ukraine dah tak boleh eksport gandum, stok tepung gandum pun kurang dan harga pun naik macam musim raya haritu. So eventually bila harga bahan mentah macam gandum naik, yang lain pun slowly naik sebab dia ada kaitan dengan supply chain makanan kita.
6. Harga minyak pulak bergantung dengan harga minyak dunia. Bila Rusia dah sekat tak nak supply minyak dekat negara-negara Eropah especially, bekalan minyak pun jadi terhad dan harga minyak dunia jadi tak menentu. Bukan setakat harga minyak, kos elektrik atau tenaga dekat Eropah pun naik mencecah lebih 54% sekarang. So globally, ekonomi dunia pun dijangka akan jadi lagi teruk and certain countries had expect recession next year.
7. Malaysia antara negara yang paling tinggi bagi banyak subsidi petrol. Tahun ni kerajaan tanggung lebih kurang RM37 bilion daripada keseluruhan RM77 bilion subsidi. Bila harga minyak naik, lagi banyak kerajaan kena tanggung subsidi. Kerajaan pulak tak boleh buat pinjaman untuk tanggung subsidi, so kerajaan kena samada naikkan pendapatan macam cukai atau kurangkan perbelanjaan lain. Jadi harga minyak akan jejas macam-macam benda sebab kerajaan nak kena prioritise. As a result, kalau kerajaan bagi lebih dekat satu komponen, komponen lain pulak kena kurangkan.

APA KITA PERLU BUAT?
8. So when we review the factors above, essentially there are so many uncertainties concerning the future economy. As for now, at least we know where those uncertainties might have come from. So kerajaan kena banyak fikir plan B kalau sesuatu benda berlaku. Mana tahu jadi World War III macam banyak orang dah cakap (na’uzubillah). Apa tindakan kita? Kalau lepas ni COVID jadi lagi teruk macam 2 tahun lepas, apa plan kita? Dan bila dah ada plan, kerajaan kena communicate dengan rakyat awal-awal supaya semua pihak boleh prepare siap-siap.
9. Selain kerajaan, kita yang rakyat marhaen pun kena start fikir apa yang kita kena buat bila dah boleh jangka ekonomi nak jatuh. Paling mudah, nak kena ada la perancangan kewangan sendiri. Jangan fikir dekat otak je, kena tulis atas kertas atau dekat komputer dan kira betul-betul apa perbelanjaan bulanan kita. Nak lagi cantik, buat Excel Sheet terus dan update perbelanjaan sendiri dari bulan ke bulan. Kalau tengok macam terlebih belanja dekat mana-mana, next month kena kurangkan sikit atau ada plan macam mana nak recover balik. Kena allocate jugak sebahagian untuk kecemasan sebab macam ekonomi dunia, nasib masa depan kita pun kita tak tahu.
10. Ini juga masanya untuk kurangkan perbelanjaan yang tak perlu. Macam beli rokok, berhibur lebih-lebih, makan dekat kedai mamak secara berlebihan dan lain-lain. Tak salah nak ada hiburan sendiri untuk kita release stress atau nak bawa keluarga makan sedap-sedap sekali sekala. Tapi macam dah kata tadi, kena ada dalam perancangan kewangan. Tulis dalam kiraan bulanan kita tu, ada portion sekali untuk entertainment atau hiburan selain benda-benda lain. Tapi kalau perbelanjaan macam rokok tu, tak perlu allocate dah. Perlahan-perlahan berhenti je terus, benda takde manfaat pun.
Ditulis oleh
Shaheer Shahidan
Ahli Kluster Ekonomi dan Kewangan,
Jabatan Profesional Muda, DPPM
Ahli Kluster Ekonomi dan Kewangan,
Jabatan Profesional Muda, DPPM
Penulis merupakan ahli Kluster Ekonomi & Kewangan JPro, Jabatan Profesional Muda (JPro) DPPM. Beliau juga seorang Penganalisa Kewangan dan Akauntan Bertauliah di salah sebuah syarikat swasta dalam industri ‘market research’.
9 Oktober 2022