Jabatan Profesional Muda – JPro

5 CABARAN JURUTERA DI MALAYSIA

Pada 28 Oktober 2021, Utusan Malaysia telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Jurutera Miskin’ yang membincangkan isu gaji permulaan jurutera, serta jurang di antara ‘supply & demand’ yang terdapat dalam bidang kejuruteraan. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan, pada 29 Oktober 2021, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) atau Board of Engineer Malaysia (BEM) telah memberi maklumbalas terhadap isu tersebut.
 
Berikut antara 5 cabaran utama jurutera dan industri kejuruteraan di Malaysia.
 
1. Akta 138, perkara 7(1B) menyatakan seseorang yang tidak berdaftar sebagai Jurutera Siswazah (Graduate Engineer) melalui Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) tidak dibenarkan mengguna gelaran “Grad. Eng” atau “Eng. Tech”. Tetapi penggunaan istilah jawatan jurutera berlaku tanpa kawalan di dalam industri.
Sumber: Akta 138 Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Pind. 2015)
 
2. Jumlah graduan kejuruteraan adalah 17 kali ganda lebih tinggi berbanding peluang pekerjaan kejuruteraan bagi ‘entry level’ yang ditawarkan pada tahun 2020.
Sumber: KPT 2020 & PERKESO 2020.
3. Nisbah terkini mengikut bilangan jurutera yang berdaftar dengan BEM kepada bilangan penduduk Malaysia ialah 1:211.
 
Sumber: BEM
4. Data PERKESO 2021 melaporkan 22% gaji jawatan permulaan (kejuruteraan) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) 2019 iaitu RM2,208. 
 
Sumber: KPKT
 
5. Global Innovation Index 2020 mendapati Malaysia masih di tahap inovasi yang rendah jika dibandingkan dengan kos yang telah dilaburkan untuk inovasi baharu.
Sumber: Global Innovation Index 2020
 
Pada pendapat anda, apa cabaran lain jurutera dan industri kejuruteraan perlu berikan perhatian?

Ditulis oleh

Kluster Kejuruteraan,
Jabatan Profesional Muda, JPro

21 November 2021