ISI DUNIA DAN KUASA : INGATLAH NASIHAT SALMAN AL-FARISI MENJELANG WAFATNYA
Diriwayatkan oleh Tsabit dari Anas رضي الله عنه, bahawa beliau berkata :
اشْتَكَى سَلْمَانُ فَعَادَهُ سَعْدٌ فَرَآهُ يَبْكِي فَقَالَ لَهُ سَعْدٌ
Salman pernah mengeluh rasa sakit, lalu Sa’d mengunjungi beliau. Kemudian dia melihat Salman menangis, lalu Sa’d bertanya kepadanya :
مَا يُبْكِيكَ يَا أَخِي؟ أَلَيْسَ قَدْ صَحِبْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ أَلَيْسَ أَلَيْسَ
Mengapa engkau menangis wahai saudaraku? Bukankah kamu telah menemani Rasulullah? Bukankah kamu…Dan Bukankah kamu…
Salman pun menjawab :
مَا أَبْكِي وَاحِدَةً مِنْ اثْنَتَيْنِ مَا أَبْكِي ضِنًّا لِلدُّنْيَا وَلَا كَرَاهِيَةً لِلْآخِرَةِ وَلَكِنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَهِدَ إِلَيَّ عَهْدًا فَمَا أُرَانِي إِلَّا قَدْ تَعَدَّيْتُ
Aku tidaklah menangis kerana satu dari dua hal ini, iaitu aku tidak menangis rakus terhadap dunia dan tidak pula aku menangis lantaran benci dengan akhirat. Akan tetapi Rasulullah dahulu pernah menyampaikan janji yang harus aku tunaikan, dan aku merasa bahawa aku telah melanggar janji tersebut.
Sa’d bertanya :
وَمَا عَهِدَ إِلَيْكَ
Apa janji yang Rasulullah amanatkan kepadamu?
Salman menjawab:
عَهِدَ إِلَيَّ أَنَّهُ يَكْفِي أَحَدَكُمْ مِثْلُ زَادِ الرَّاكِبِ وَلَا أُرَانِي إِلَّا قَدْ تَعَدَّيْتُ
Beliau mengamanahkan kepadaku agar mencukupkan diri dengan bekal sebagaimana bekalnya seorang musafir, dan aku melihat bahawa diriku telah melanggarnya.
وَأَمَّا أَنْتَ يَا سَعْدُ فَاتَّقِ اللَّهَ عِنْدَ حُكْمِكَ إِذَا حَكَمْتَ وَعِنْدَ قَسْمِكَ إِذَا قَسَمْتَ وَعِنْدَ هَمِّكَ إِذَا هَمَمْتَ
Adapun dirimu wahai Sa’d, bertakwalah kepada Allah :
1. Dalam keputusanmu setiap kali kamu memberi keputusan
2. Dalam pembahagianmu setiap kali kamu membahagikan
3. Dan dalam keinginanmu setiap kali kamu berkeinginan
Tsabit (sang perawi) lalu berkata :
فَبَلَغَنِي أَنَّهُ مَا تَرَكَ إِلَّا بِضْعَةً وَعِشْرِينَ دِرْهَمًا مِنْ نَفَقَةٍ كَانَتْ عِنْدَهُ
Tidak lama kemudian sampai berita kepadaku bahawa ketika Salman meninggal dunia, beliau hanya meninggalkan wang hanya sebanyak 20 dirham saja dari harta yang dia miliki.
(HR Ibnu Majah, dengan Sanad yang sahih)
Andai kata manusia mengamati pesan Salman ini, sudah tentulah mereka gerun untuk mengejar isi dunia dan kekuasaan hingga hilang timbang tara akhlak keimanan. Sedangkan bekalan akhirat masih gersang dan kontang. Bertakwalah kepada Allah !
Ditulis oleh
Mohd Mukmin Mohd Amin,
Kluster Pengajian Islam,
Jabatan Profesional Muda, JPro
Penulis merupakan ahli Kluster Pengajian Islam JPro dan juga pendidik di salah sebuah sekolah di Malaysia. Didorong dengan minat yang mendalam dalam bidang penulisan, beliau sering berkongsi ilmu berunsur tazkirah dan motivasi di ruangan media sosial.
8 Ogos 2021