DASAR PENDIDIKAN SEDIA ADA, CUKUP BAIK ATAU PERLU PENAMBAHBAIKAN?
Menurut laporan daripada The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), banyak negara yang telah menghasilkan polisi yang baik tetapi polisi tersebut tidak implementasi dengan baik. Oleh yang demikian, mereka telah menghasilkan satu kerangka (framework) yang dirasakan dapat membantu negara-negara menghasilkan polisi pendidikan yang baik dan boleh diimplementasi dengan berkesan.
Negara Malaysia juga tidak lari dari masalah ini. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPPM 2013 – 2025), mengurangkan jurang ekuiti adalah antara agenda yang yang cuba diketengahkan tetapi apabila pandemik Covid-19 tercetus, kita dilihat belum cukup bersedia untuk memastikan jurang ekuiti berkurang. Malah boleh jadi lebih besar dengan isu keciciran yang sedang berlaku.
Ada yang dah tak semangat nak ambil SPM, ada yang dah mula kerja dan tak pergi sekolah dan ada yang termenung nasib sebab tidak dapat mengikuti pembelajaran.
Sedih juga apabila terbaca nasib anak-anak yang tak mampu bersama dalam PdPR. Cuma mengharapkan polisi atau dasar dapat ditambahbaik. Antara perkara yang dicadangkan dan perlu dilihat oleh OECD dalam merangka polisi ialah sumber dan stakeholders.
Ya.
Kita masih kekurangan sumber (baca: peranti untuk setiap pelajar atau prasarana yang menyokong pembelajaran murid yang tiada akses sewaktu pandemik) untuk memastikan semua murid berpeluang belajar perkara yang sama. Guru-guru pula perlu berhempas pulas untuk pastikan anak murid dapat belajar walaupun kapasiti sumber masih belum di tahap maksima. Jadi guru-guru pun sanggup mengorbankan wang mereka demi memastikan anak-anak ini dapat belajar.
Stakeholders juga memainkan peranan penting untuk bersama dalam merealisasikan polisi yang dirancang. Cuma sejauh mana kementerian dengan stakeholders dapat bersama lagi-lagi dalam era pandemik ni. Negara-negara yang berjaya jaga hubungan dengan stakeholders, dilihat sudah menampakkan hasil iaitu jurang ekuiti dapat dikurangkan hasil kerjasama demi memenuhi keperluan dalam pendidikan.
No offense to policy makers tapi dah nak masuk 2025, masih banyak sasaran dalam PPPM 2013-2025 belum tercapai. Ada juga jurang dalam PPPM 2013-2025 yang menyebabkan usaha ini tak mencakupi semua golongan murid di seluruh negara. Perlu juga mendapatkan insight yang banyak daripada yang berada di lapangan.
OECD pun kata ini bukan lagi zaman top-bottom. Horizontal interaction (interaksi mendatar) adalah yang terbaik. Takda istilah, akulah bos, aku buat polisi, semua kena ikut aku, tapi semua benda perlu dibuat bersama tanpa mengira peringkat.
Mengharapkan dasar-dasar baru dapat dibuat bagi memastikan murid yang kurang bernasib baik dapat manfaat yang lebih berbanding dengan yang sudah dapat banyak kelebihan.
Ini baru ekuiti!
Ditulis oleh
10 Februari 2021