Jabatan Profesional Muda – JPro

PENCAPAIAN KAK LAH DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Tempoh 18 bulan yang lalu memperlihatkan kepada kita bagaimana potensi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Hajah Siti Zailah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lah dapat berkhidmat dengan lebih agresif dan memberangsangkan.
 
KPWKPM sejak Mac 2020 menyedari bahawa impak Covid 19 ini bukan sahaja telah menjejaskan struktur kesihatan fizikal, malah lebih memburukkan keadaan adalah kesihatan mental rakyat Malaysia pada tahap yang membimbangkan. Maka. satu inisiatif telah diwujudkan melalui Talian Kasih 15999 yang memberikan khidmat nasihat, sokongan dan kaunseling yang beroperasi selama 24 jam.
 
Selain itu, KPWKPM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawahnya telah mengadakan Garis Panduan Pencegahan dan Kawalan Penyakit COVID-19 di Pusat Jagaan Warga Emas Berkediaman Kerajaan, Swasta dan NGO Pasca Perintah Kawalan Pergerakan sebagai rujukan dan panduan pusat-pusat tersebut dalam menghadapi situasi sekarang.
 
Seramai 1992 sukarelawan juga telah menerima kenaikan saguhati daripada RM150 kepada RM400 sebulan melalui Bajet 2021. Sukarelawan penuh komitmen ini telah berkhidmat melalui Program Khidmat Bantu di Rumah atau Home Help Services yang bercorak reaching out kepada warga emas sepanjang tempoh PKPB. Program Khidmat Bantu ini ternyata telah memudahkan urusan sekurang-kurangnya seramai 5826 warga emas di seluruh negara.
 
Dengan kerjasama KKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah bertindak untuk menyaring seramai 2376 penghuni di 17 buah rumah kebajikan mereka. Tidak cukup dengan itu, program saringan Covid 19 ini telah diperluaskan kepada 432 pusat jagaan yang dikendalikan oleh pihak swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mana sejumlah 14,049 penghuni dan kakitangan telah disaring
 

Ditulis oleh

Kluster Pendidikan,
Jabatan Profesional Muda, JPro

19 Ogos 2021