Jabatan Profesional Muda – JPro

MUNCULNYA 'SEMUT HITAM EMAS' DI DALAM PAS

Di saat PAS di serang dari pelbagai sudut, sayap pemudanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak pernah berhenti daripada memikirkan usaha untuk membantu anak muda dari sudut kebajikan.
 
Golongan anak muda bekerjaya dan memiliki kemahiran dalam bidang profesyen masing-masing, antara yang perlu diberi perhatian. Maka wujudlah Jabatan Profesional Muda (JPro) .
 
Kini, dalam setiap program yang dijalankan dengan penjenamaan baru seperti Activate Talk, Activate Cafe dan Activate Training, ianya telah memberi suntikan baru dalam JPro untuk lebih mendekati masyarakat. Program yang disusun mengfokuskan kepada bimbingan dan perkongsian pengetahuan serta pengalaman ke arah kecemerlangan peserta di dalam profesyen mereka.
 
Inisiatif ini bertambah positif apabila bilangan yang ingin menyumbang kemahiran & kepakaran serta berkongsi pengalaman serta terus meningkat! Inilah kemunculan ‘Semut Hitam Emas’ di dalam PAS.
 
Golongan sukarelawan ini datang dari pelbagai bidang. Sinonim dengan JPro yang terdiri dari 11 kluster. Antaranya Kluster Kejuruteraan, Kluster Sains Teknologi, Kluster Undang-Undang, Kluster Pengajian Islam, Kluster Kesihatan dan pelbagai lagi. Mereka sanggup berkorban masa serta tenaga untuk menyumbang dalam perjuangan PAS dan terus istiqamah berada di bawah payung ulama’.
 
Kini, PAS bukan sahaja ada ‘Semut Merah’ daripada Jabatan Amal yang komited membantu tugas penyelamat dan kebajikan, bahkan PAS juga mempunyai ‘Semut Hitam Emas’ sebagai sayap profesional dalam membina negara sejahtera.
 
Kepada mereka yang berminat menyumbang pengetahuan atau kepakaran serta berkongsi pengalaman berdasarkan profesyen anda, jom bersama sertai kami di JPro. Bersama menggembleng idea membina Malaysia ke arah lebih baik!
Let’s create a better Malaysia

Ditulis oleh

Faiz Ar Razaly,
Jurutera Rekabentuk,
Kluster Kejuruteraan, Jpro
 
Penulis merupakan AJK & ahli Kluster Kejuruteraan, JPro. Beliau merupakan Jurutera Rekabentuk di salah sebuah syarikat swasta di Malaysia. Beliau berminat dalam dunia penulisan dan sering berkongsi pengalaman di dalam bidang kerjaya dan juga dakwah.

23 Mac 2019