Islam Dalam Politik? Kenapa Kekeliruan Ini Sebenarnya Tak Perlu Berlaku
Ramai orang confuse bila cakap tentang Islam tak patut dimasukkan dalam hal-hal politik. “Eh, politik ni lain, agama ni lain, jangan campur adukkan.” Statement macam ni memang kerap kita dengar. Kat kopitiam, kat TikTok, Threads, kat mana-mana pun. Tapi sebenarnya, confusion ni datang dari satu masalah asas: kita guna definisi agama ala Barat untuk faham Islam. Padahal Islam bukan agama dalam erti kata Barat punya “religion.”
“Religion” vs Islam: Besar Bezanya
Dalam definisi Barat (dan kebanyakan agama lain pun sama), agama tu lebih kurang berkisar pada hubungan antara seseorang dengan Tuhan. Ianya lebih kepada perkara spiritual, ritual, ibadat khusus je. Bila nak sembahyang, kahwin, atau uruskan jenazah, baru orang rujuk balik pada ajaran agama.
Islam? Lain cerita. Islam ni way of life. Maksudnya, dari bangun pagi sampai tidur malam, setiap benda yang kita buat ada garis panduan Islam. Serious, dari benda kecik macam mana nak layan haiwan, macam mana nak jaga pokok, macam mana nak bersuci lepas dari toilet, sampailah ke hubungan suami isteri. Semuanya ada adab dan hukum dia sendiri. Contoh senang: makan sambil jalan pun ada garis panduan dalam Islam, boleh jadi makruh atau bawa kepada dosa kalau tak jaga adab.
Bab suami isteri pun sama. Dalam Islam, memanglah bila nikah dah halal hubungan suami isteri, tapi masih ada apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Buat yang boleh, dapat pahala. Buat yang tak boleh, dapat dosa. Detail macam ni je dah cukup bagi gambaran betapa comprehensive-nya Islam dalam mengatur hidup manusia.
Kalau Benda Kecik Pun Ada Garis Panduan, Takkan Benda Besar Takde?
Islam sebagai sebuah agama atau cara hidup yang komprehensif logiknya mestilah ada garis panduan untuk benda-benda besar juga, bukan sekadar benda-benda kecik sahaja. Kalau Islam boleh bagi panduan untuk benda sekecil-kecilnya, kenapa kita nak argue atau terkejut bila Islam ada garis panduan untuk perkara yang lebih besar macam ekonomi dan politik. Logik kan?
Senang saja nak ambil contoh paling jelas perkara besar yang Islam ada garis panduan seperti Islamic finance. Kat dunia sekarang, Islamic finance ni satu-satunya sistem kewangan yang benar-benar dibangunkan berdasarkan ajaran agama dan digunapakai secara meluas serta robust berbanding sistem berasaskan agama lain kalaupun ada. Semua tu sebahagian daripada muamalat iaitu urusan jual beli dan transaksi antara manusia dan rujukannya datang terus dari Al-Quran, Hadis, dan kisah para Sahabat. Kalau sistem kewangan pun boleh sedetail dan seteliti tu, kenapa politik pulak kita anggap “tak boleh campur dengan agama” dan tidak ada garis panduan dalam ajaran Islam?
Setiap Perbuatan Ada Pahala, Ada Dosa
Sebab Islam ni way of life, setiap saat dalam hidup seorang Muslim. Dari bangun tidur sampai tidur malam. Semuanya dikira. Buat baik, dapat pahala. Buat salah, dapat dosa. Ni yang bezakan kefahaman orang Islam tentang kehidupan berbanding kebanyakan penganut agama lain, yang biasanya rujuk ajaran agama diorang bila ada occasion atau ceremony tertentu je seperti masa sembahyang, kahwin, atau tanam jenazah. Islam? Non-stop, 24/7.
So, Balik Kepada Topik — Politik Dan Islam
Ramai kata “agama jangan dicampur dalam politik.” Honestly, kalau kita dah faham yang Islam bagi panduan untuk hal seintim hubungan suami isteri sampai ke sistem kewangan negara, pelik rasanya kalau kita selamber dismiss dan kata bab macam mana nak urus (siasah) sesebuah negara atau macam mana nak pilih pemimpin, Islam tak boleh masuk campur, serta selamber assume yang Islam tak ada garis panduan.
Bayangkan, kalau Islam claim jadi way of life yang lengkap, tapi tak ajar macam mana nak pilih pemimpin, tak logik kan? Sebenarnya ada rujukan jelas dari sirah Nabi Muhammad, para Sahabat, dan panduan dari Al-Quran tentang cara memilih pemimpin.
Bila kita nak pilih pemimpin, kita kena pilih orang yang boleh bawa kebaikan kepada Islam dan tidak memudaratkan Islam, serta bawa kebaikan kepada seluruh umat manusia. Kemudian kita tengok pula pemimpin yang boleh pertahankan Islam dan laksanakan amanah dengan bertanggungjawab. Lepas tu cari pulak pemimpin yang ada kapasiti atau kemampuan sebagai pemimpin.
Bila Pilihan Kita Boleh Jadi Dosa
Selalu kita dengar orang sambil lewa dengan penuh yakin kata “mana boleh kata kalau kita pilih pemimpin masa pilihan raya boleh ada chance kita dapat dosa.” Jadi maybe soalan yang nak kena jawab adalah: bila pilihan kita boleh jadi dosa?
Ni bahagian yang agak berat sikit sebab yang menulis ni bukanlah pakar bab hukum hakam, tapi penting untuk kita fikirkan. Kalau kita pilih pemimpin yang bawa mudarat kepada Islam, logik manusia kerdil ni wajarlah kita turut menanggung dosa atas pilihan tu.
Contoh paling clear, pemimpin yang sangat proponent sekularisme, liberalisme, dan pluralisme. Ini dianggap ancaman kepada Islam. Kalau kita undi pemimpin yang mempromosikan lifestyle yang jelas diharamkan dalam Islam, contohnya LGBT, maka tak salah untuk kita kata pilihan tu boleh membawa dosa kepada kita. Sama juga kalau kita pilih pemimpin yang nak ketepikan agama daripada urusan kehidupan manusia (sekularisme), itu pun sesuatu yang kita perlu fikir dengan serius, sebab Islam ni encompass semua aspek hidup, bukan setakat bab ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji je.
Sudah terang lagi bersuluh, bila pemimpin tu terang-terang tak suka Islam, selalu buat kenyataan yang against Islam. Jadi memang serius untuk orang Islam fikir betul-betul bab dosa dan pahala bila kita nak pilih siapa nak pimpin kita.
Jadi bila orang kata “jangan bawa masuk agama dalam pilihan politik,” tu sebenarnya satu mindset yang silap kalau kita betul-betul faham apa itu Islam.
Kenapa Muslim Punya Prioriti Lain Sikit
Seterusnya, point kedua untuk kita sama-sama consider dan faham berkaitan hubung kait Islam dan politik adalah berkaitan cara pandang (worldview) orang Islam, cara pandang seorang Muslim tentang hidup ni memang berbeza dengan non-Muslim.
Kalau kita perhatikan, bila non-Muslim cakap pasal politik, agenda nombor satu biasanya ekonomi. Contohnya, macam mana ekonomi nak grow, apa jenis job yang ada. Sebab worldview diorang lebih fokus kepada kehidupan yang baik di dunia ni, before mati.
Untuk Muslim? Lain. Kita percaya kita kena buat baik di dunia ni supaya kita dapat kehidupan yang lebih baik di akhirat nanti. Cuba tanya seorang Muslim, nak duit untuk cukup makan dalam poket tapi guaranteed Syurga di akhirat, atau nak RM1 billion dalam poket tapi akhirat masuk neraka? Muslim yang faham akan pilih akhirat yang baik, sebab worldview kita tak terhad kepada dunia je. Ia sambung sampai ke alam selepas mati dan hari kebangkitan.
Sebab tu, bagi Muslim, sangat kritikal untuk fikir apa yang halal dan apa yang haram dalam politik, dalam memilih pemimpin, dalam mengundi. Sebab kita bukan fikir dunia semata-mata, kita fikir akhirat sekali. Ni sebab utama kenapa untuk seorang Muslim, Islam dan politik memang intertwined, bukan sebab nak paksa-paksa campurkan, tapi sebab horizon pandangan hidup kita memang lebih jauh dari sekadar dunia ni.
===========
Bila kita dah faham dua point ni, iaitu yang pertama, Islam sebagai way of life yang comprehensive dengan garis panduan untuk setiap aspek hidup, dan kedua, worldview Muslim yang merangkumi dunia dan akhirat, baru kita boleh nampak kenapa bila seorang Muslim cakap pasal politik, mesti ada rujukan balik kepada Islam. Bukan sebab nak extreme atau nak paksa, tapi sebab itulah cara Islam mendidik kita untuk fikir secara menyeluruh iaitu dunia dan akhirat sekali.
Islam dan politik, politik dan Islam sebenarnya bukan dua benda berasingan. Ia satu benda yang sama.
Ditulis oleh
Abu Umair
20 Julai 2026