Jabatan Profesional Muda – JPro

BAGAIMANA INSTITUSI KEHAKIMAN BERFUNGSI?

Memahami Struktur, Peranan & Bidang Kuasa Mahkamah dalam Menjalankan Proses Pengadilan

JOM KENALI

TUAN YUSFARIZAL YUSOFF

APAKAH YANG ANDA AKAN BELAJAR?

Pengenalan & Struktur Asas Kehakiman Malaysia
  • Apakah peranan Judisiari, Legislatif, dan Eksekutif dalam konteks pemisahan kuasa, dan mengapa ia penting untuk mencegah penyalahgunaan kuasa?

  • Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan berfungsi sebagai sumber perundangan tertinggi dalam mengatur hubungan ketiga-tiga cabang kerajaan?

  • Apakah maksud kebebasan kehakiman (judicial independence), dan bagaimana prinsip ini diaplikasikan dalam sistem kita

  • Bagaimanakah hierarki mahkamah di Malaysia (Mahkamah Rendah hingga Mahkamah Persekutuan) menyokong fungsi keadilan?

Proses Pengadilan & Fungsi Hakim di Pelbagai Peringkat Mahkamah
  • Apakah bidang kuasa Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan, serta jenis kes yang biasanya dibicarakan di setiap peringkat?

  • Apakah langkah-langkah asas dalam proses pengadilan (daripada memfailkan kes hingga keputusan mahkamah), dan mengapa prosedur adil (due process) penting bagi menegakkan keadilan?

  • Bagaimanakah peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya, dan peguam bela mempengaruhi keberlangsungan perbicaraan?

  • Bagaimana hakim mengekalkan kebebasan kehakiman (impartial adjudicator) dan mengelakkan campur tangan politik?

Hubungan Judisiari dengan Legislatif & Eksekutif, Isu Semasa, dan Rumusan
  • Bagaimanakah Mahkamah menafsir undang-undang yang digubal oleh Parlimen, dan bagaimana Judicial Review berfungsi dalam menyemak kesahihan sesuatu akta

  •  Bagaimanakah semakan kehakiman (Judicial Review) boleh mencabar tindakan atau polisi kerajaan, dan mengapa mekanisme checks and balances ini kritikal untuk mencegah salah guna kuasa?

  • Apakah cabaran utama (seperti persepsi rasuah, backlog kes, pelantikan hakim) dan reformasi penting yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kehakiman kekal berwibawa serta bebas?

  • Pernahkah berlaku situasi undang-undang dibatalkan oleh Mahkamah, dan apakah kesannya terhadap keseimbangan kuasa antara Judisiari dan Legislatif?

MAKLUMAT PROGRAM

3 Januari 2025 (Jumaat)

8.30 malam

Online (Zoom)

RM10.00 seorang

PENDAFTARAN