8 JAM DI BILIK BEDAH: MEREKALAH WIRA SEBENAR DI SEBALIK TABIR!
Di sebalik keberanian luar biasa Lans Koperal Thierry Rodger yang sanggup menggadai nyawa demi keselamatan kita di Kepong baru-baru ini, ada sepasukan wira lain yang bertarung nyawa dan masa di balik pintu bilik bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Selama 8 jam tanpa henti, pasukan pakar perubatan kita bertungkus-lumus menyambungkan semula pergelangan tangan kanan beliau yang terputusβsatu pembedahan mikrosurgeri yang memerlukan ketelitian tahap tertinggi!
Jom kita kenal dan ucapkan terima kasih kepada barisan doktor hebat yang terlibat menjayakan pembedahan ini:
π¨ββοΈ Dr. Allan Ravi
π¨ββοΈ Dr. Aziz Sabbir
π¨ββοΈ Dr. Jude
π¨ββοΈ Dr. Jegenantha
π¨ββοΈ Dr. Vimalan
π¨ββοΈ Dr. Noordanial
π¨ββοΈ Dr. Zakwan
π¨ββοΈ Dr. Iman
Mereka ini mungkin jarang masuk berita atau dapat perhatian kamera, tapi kepakaran, kesabaran, dan jasa mereka sangat besar nilainya. Inilah bukti kehebatan bakat profesional tempatan dan kualiti perkhidmatan kesihatan awam negara kita!
Di Jabatan Profesional Muda (JPro), kami sentiasa berbangga dan berdiri teguh bersama golongan profesional, daripada doktor di bilik bedah hinggalah anggota keselamatan di lapangan yang tidak pernah jemu menabur bakti demi ummah dan negara.
Marilah sama-sama kita titipkan doa dan ucapan terima kasih di ruangan komen buat wira-wira negara ini. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan Lans Koperal Thierry segera sembuh seperti sedia kala. Amin!
Prepared by
Kluster Kejuruteraan,
Jabatan Profesional Muda (JPro)
13 November 2026