Kenapa Anda Perlu Membina Kepakaran Untuk Islam
JPro KNOWLEDGE MANAGEMENT SERIES | ACTIVATE CIRCLE 14 | MAY 2022 EDITION
Latar Belakang Panel
Maklumat Program
Ustaz Mohd Zubir bin Awang
Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar bin Abdul Rashid
28 Mei 2022
(Sabtu)
9.15 malam –
10.45 malam
Zoom
Catatan Activate Circle (28 Mei 2022)
Tajuk: Kenapa Anda Perlu Membina Kepakaran Untuk Islam
Menulusuri sejarah Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya menakluki kota Konstantinopel pada usia muda, dapat kita pelajari bahawa kepakaran perlu dibina seawal usia, seperti mana Sultan Muhammad Al-Fatih yang ketika itu baru berusia 19 tahun. Walaupun masih muda, beliau mempunyai kepakaran dan kemahiran yang hebat untuk memiliki empayar Islam yang besar.
Jadi,kenapa kita perlu menjadi seorang yang pakar?
Dua point penting yang ditekankan oleh Ustaz Zubir iaitu:
1. Allah SWT telah memudahkan kepada kita tentang apa yang ada di langit dan dibumi, selaku khalifahNya, teruslah mendalami ilmu, membina kepakaran diri dan fokuslah untuk memberi manfaat kepada Islam.
2. Teladanilah Sultan Muhammad AL-Fateh yang berjaya menakluki Kota Konstantinopel pada usia muda dengan mempunyai kepakaran yang sangat hebat sehingga Islam begitu gah dimata dunia.
Sementara itu, Prof. Hairul menghuraikan bahawa:
1. Setiap tanggungjawab yang diberikan oleh organisasi memerlukan kepakaran untuk dilaksanakan dengan baik. Rancanglah dan letakkan target dengan sebaik mungkin dalam membina kepakaran diri, kerana setiapnya memerlukan proses.
2. Berkeadaan sambil lewa dan tidak meningkatkan kepakaran sama seperti merobohkan organisasi dengan berdiam diri tanpa membaiki kelompongan.