Jabatan Profesional Muda – JPro

Kewajipan Dakwah di Tempat Kerja: Kenapa dan Bagaimana?

JPro KNOWLEDGE MANAGEMENT SERIES | ACTIVATE CIRCLE 15.0 | JUNE 2022 EDITION

Maklumat Program

28 Jun 2022
(Selasa)

9.15 malam – 
10.45 malam

Zoom

Catatan Activate Circle (28 Jun 2022)

Tajuk: Kewajipan Dakwah di Tempat Kerja: Kenapa dan Bagaimana?
 
Apakah konsep dakwah dalam Islam?
 
Secara asasnya, dakwah itu secara bahasa bermaksud; ادعوا الى الله (Menyeru) kepada Allah; iaitu kepada agama Allah SWT; Al-Islam dan asasnya adalah بصيرة ; ditafsirkan sebagai ilmu atau keyakinan terhadap agama Allah SWT.
 
Dalam menyampaikan dakwah itu, menyeru kepada kebaikan secara umum itu, kalaulah tidak kembali kepada Islam, maka ia tidak dikira sebagai dakwah; apa-apa seruan yang baik atau menyeru tentang Islam sahaja dianggap sebagai dakwah.
 
Rukun Dakwah
 
Secara umum rukun yang digariskan ada empat;
i. موضوع الدعوة (Content dakwah-Mestilah kearah ISLAM sahaja),
 
ii. الداعي (orang yang menyeru), dan yang terawal menjadi daie _Rasulullah SAW dan para nabi; tugas kenabian, dan apabila kita membawa serta menyambung tugas dakwah ini, bukanlah suatu tugas yang biasa-biasa, tanggungjawabnya berat; dan selalunya tidak akan mampu untuk membawa tugas ini secara sendirian, memerlukan satu platform atau parti, supaya dakwah ini dapat disampaikan secara menyeluruh.
 
iii. المدعو (orang yang diseru), dan perlu ambil perhatian, bahawa Islam bukanlah hanya exclusive untuk diri kita sahaja sebagai muslim atau kepada golongan tertentu, akan tetapi Islam itu adalah untuk semua; agar tidak lari dengan apa yang Allah nak dengan pengutusan Rasullah SAW.
 
Bagaimana nak berdakwah di tempat kerja?
 
1) Nilai suasana tempat kerja sama ada terlibat dengan pelaksanaan hukum atau pembangunan polisi negara – kerajaan, badan berkanun secara langsung atau tidak terlibat secara langsung.
 
2) Kenalpasti Mad’u (orang yang nak kita dakwah); iaitu kedudukan dan pengaruh serta latarbelakang agamanya.
 
3) Sentiasa mencari peluang dan tidak berputus asa;
Kita bekerja bukan sahaja kita nak cari makan, tapi kita kena ada cita-cita yang tinggi untuk berusaha berdakwah di tempat kerja kita.