ADAKAH KELANTAN NEGERI MISKIN?
5 SOALAN TENTANG NEGERI KELANTAN YANG KERAP DITANYA OLEH ORANG AWAM
CATATAN ACTIVATE CLUBHOUSE – KEJAYAAN PAS MENERAJUI EKONOMI KELANTAN; SATU DISKUSI
1. Apakah perancangan Kelantan untuk menarik lebih banyak pelaburan luar ke dalam Kelantan?
Cabaran Kelantan utk menarik pelaburan luar sebelum ini adalah disebabkan kekurangan jaringan pengangkutan. Dengan wujudnya lebuhraya CSR dan ECRL yang menghubungkan Kelantan dan negeri-negeri lain, khususnya negeri yang mempunyai pelabuhan antarabangsa, Kelantan sudah berjaya menarik beberapa pelaburan luar. Salah satu contoh kejayaan adalah bandar Gua Musang bakal menjadi hub perabot, hasil kerjasama dengan pelabur dari China.
2. Masalah air di Kelantan. Adakah tiada jalan penyelesaian?
Peruntukan yang diumumkan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan dan tatacara Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Secara keseluruhan, proses tambah baik sedang berjalan.
3. Adakah Kelantan negeri miskin?
Ramai orang Kelantan yang kaya, namun kekayaan mereka tiada di dalam rekod rasmi. Kebanyakan orang Kelantan banyak mempunyai harta dalam bentuk barang kemas, tanah dan sebagainya.
4. Mengapakah projek tebatan banjir membuatkan banjir di Kelantan menjadi lebih teruk?
Projek ini masih berjalan dan belum lagi siap. Ianya adalah suatu yang malang apabila banjir melanda semasa fasa pembinaan.
5. Airport Pengkalan Chepa masih antara airport yang tersibuk di Malaysia kah?
Benar, Lapangan Terbang Pengkalan Chepa masih menjadi antara lapangan terbang yang tersibuk di Malaysia. Malahan, lapangan terbang tersebut sedang dalam proses perluasan untuk menambahkan lagi kapasiti penumpang.
Bonus: Kenapa Kelantan masih mundur selepas 30 tahun PAS memerintah?
Kerajaan Negeri mengutamakan pembangunan insaniah berbanding fizikal. Pembangunan perlulah secara sederhana, terkawal dan seimbang dengan keperluan rakyat. Pastinya berbeza dgn pembangunan di ibu negara.
Ditulis oleh
5 April 2022