Jabatan Profesional Muda – JPro

APA ERTI PATRIOTIK?

Patriotik didalam bahasa Latin patria, bahasa Greek patris πατρίς. Patriotisme adalah sikap yang mencintai bangsa dan negaranya, dengan maksud mereka berjuang untuk tanah air mereka.
 
Terkadang ada yang menyamakan Nasionalisme dengan patriotik, namun Nasionalisme adalah ideologi, walaupun didalam Nasionalisme memupukkan semangat patriotik.
 
Adakah dikira seseorang itu patriotik hanya dengan mengkibar bendera dan menyanyikan lagu negaraku?.
 
Untuk mempunyai sikap patriotik yang ikhlas, yang betul-betul sanggup berjuang untuk negara dan betul-betul memahami erti sebenar patriotik. Bagi saya perlulah seseorang itu mengetahui dan memahami sejarah dan budaya negara itu.
 
Negara-negara seperti China, Jepun, Korea rakyat mereka sangat menjaga dan mempratikkannya di era moden ini. Seni bina kedai-kedai mereka dibina bertemakan tamadun mereka dahulu.
 
Di negara mereka anak-anak di didik untuk mengenali dan mempelajari sejarah negara mereka, kehebatan tamadun mereka. Dan mereka menyimpan khazanah tamadun mereka selama beribu-ribu tahun lamanya.
 
Seperti di China dari era kegemilangan mereka dahulu semua tinggalan dan catatan sejarah disimpan rapi.
 
Pemimpin negara juga perlu memainkan peranan penting dalam menjaga sejarah dan budaya mereka. Agar tidak ditelan arus masa, perlunya anak-anak muda negara mereka mengetahui akan pengorbanan nenek moyang mereka dalam memerdekan tanah air ini. Dan pemimpin juga haruslah menjaga bahasa rasmi negara mereka agar tetap terjaga keunikan dan keistimewaan bahasa tersebut.
 
Saya menutup penulisan ringkas ini dengan satu kata-kata “Kalau nak musnahkan sesuatu tanaman racunlah benihnya,kalau nak musnahkan suatu pokok cabutlah akarnya,kalau nak musnahkan satu bangsa rosakanlah sejarahnya’!!!”. Waallahualam.

Ditulis oleh

Wan Muhammad Afif Bin Wan Junaidi
Penulis merupakan pemenang saguhati pertandingan penulisan sempena hari kemerdekaan anjuran JPro dengan tema #IniBenderaKita.

7 September 2021