BOSS ATAU PEMIMPIN?

Nak jadi BOSS memang mudah.
Tapi nak jadi PEMIMPIN, tidak mudah.
Ramai orang boleh jadi BOSS. Bagi arahan itu ini. Setiap kata-katanya adalah ARAHAN. Walaupun gayanya macam nak tanya atau nak buka kepada perbincangan. Tapi, cadangan-cadangan orang bawahannya ditolak dan tidak diendahnya.
Akhirnya, jadilah ianya ARAHAN, bukan PERBINCANGAN. Apa kesannya, orang bawahan akan rasa fade up, kecewa dan malas nak beri komen.
Maka, janganlah salahkan orang kalau idea atau ‘cadangan’ anda tidak dipedulikan orang. Kalau dalam group whatsapp, jangan melenting kalau orang tak respon tulisan anda. Walaupun mereka read, ada blue tick, tapi mereka fade up nak respon. Sebab apa? Sebab anda sendiri yang buat diri anda jadi BOSS!
Inilah bezanya BOSS dan PEMIMPIN.
Boss, suka mengarah. Tak suka berbincang. PEMIMPIN, suka MEMBIMBING. Suka BERBINCANG, buka ruang beri pendapat.
BOSS, abaikan pandangan orang bawah. Kalau ada cadangan pun, dibacanya sepintas lalu sahaja. Apatah lagi kalau cadangan itu tak kena dengan seleranya, ditolaknya mentah-mentah. Kalau ditanya, dijawabnya secara sambil lewa. Sibuk katanya.
PEMIMPIN, sangat mementingkan pandangan orang bawah. Cadangan-cadangan mereka DITELITI satu persatu. Jika ada cadangan yang agak kabur atau tidak difahami, disoalnya dengan penuh minat untuk tahu lebih lanjut. Jika ditanya, akan dijawabnya dengan penuh hemah. Kenapa? Kerana pemimpin sangat MENGHARGAI PANDANGAN orang bawahnya.
Jika pandangan orang bawah itu tidak kena dengan apa yang ada difikirannya, akan dinyatakan sebab dan justifikasi, mengapa cadangan itu tidak boleh dilaksanakan.
Akhirnya, orang bawahan akan sentiasa dapat belajar sesuatu yang baru setiap kali wujudnya perbincangan. Mereka akan rasa seronok untuk terus bekerja dan memberi idea!
Begitulah sikap PEMIMPIN, ia akan SENTIASA MEMBIMBING orang bawahnya dan TERUS MEMBIMBING. Pemimpin juga akan dapat BELAJAR SESUATU daripada orang bawah, kerana dia SEDAR bahawa dirinya juga perlukan bimbingan.
Ilmu Allah ini sangat luas. Kerana Allah itu Maha Kaya. Tidak semua ilmu Allah beri pada kita secara terus. Biasanya, ilmu itu kita dapat melalui manusia lain, alam sekitar, haiwan, tumbuh-tumbuhan.
Ada ayah yang dapat ilmu melalui anaknya.
Ada atuk yang dapat ilmu melalui cucunya.
Ada suami yang dapat ilmu melalui isterinya.
Dan, ada pemimpin yang dapat ilmu melalui orang bawahnya.
Oleh itu, jadilah PEMIMPIN.
Jangan jadi boss.


Ditulis oleh
Yang berusaha jadi pemimpin
Penulis merupakan lulusan Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam, USM dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir), Universiti Al Azhar Mesir.
Merupakan seorang Usahawan berjaya yang mengndalikan Syarikat Ahsana Enterprise dan sebuah stesen Petronas di Pulau Pinang.
Memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.
8 Ogos 2019