JPro

RELAY PROTECTION SYSTEM AND LATEST REQUIREMENT BY EC (SISTEM PERANTI DAN GEGANTI PELINDUNG DAN KEHENDAK TERKINI SURUHANJAYA TENAGA)

1) Pengenalan – Geganti dan peranti pelindung adalah komponen penting dalam memastikan keselamatan operasi sistem elektrik. Antara tujuan utama peranti pelindung adalah memutuskan litar elektrik sekiranya berlaku 𝘧𝘢𝘶𝘭𝘵𝘴 – 𝘰𝘷𝘦𝘳 – 𝘤𝘶𝘳𝘳𝘦𝘯𝘵 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘦𝘢𝘳𝘵𝘩 𝘧𝘢𝘶𝘭𝘵. Dengan itu, peralatan elektrik (khususnya di bahagian pengagihan), yang berada selepas geganti pelindung akan terhindar daripada kerosakan yang disebabkan 𝘧𝘢𝘶𝘭𝘵𝘴.
 
2) Latar Belakang – Suruhanjaya Tenaga (ST), dalam arahan bertarikh 4 April 2022 – 𝗔𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻/𝗦𝗧/𝗡𝗼.𝟲/𝟮𝟬𝟬𝟮, selaras subperaturan 110(4), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan 2 perkara berikut:
i) Peranti dan Geganti pelindung jenis 𝙀𝙡𝙚𝙠𝙩𝙧𝙤𝙢𝙚𝙠𝙖𝙣𝙞𝙠𝙖𝙡 diperiksa, diuji dan ditentuukur sekurang-kurangnya 𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶.
ii) Peranti dan Geganti pelindung jenis 𝙎𝙩𝙖𝙩𝙞𝙘 𝙙𝙖𝙣 𝙉𝙪𝙢𝙚𝙧𝙞𝙘𝙖𝙡 dibenarkan diperiksa, diuji dan ditentuukur sekurang-kurangnya 𝟰 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶, secara bersyarat (rujuk perenggan 4 arahan).
 
3) Keperluan pemeriksaan, pengujian dan penentuukuran geganti pelindung adalah demi memastikan peralatan tersebut berfungsi seperti-mana dikehendaki. Misalnya, peranti dipastikan terpelantik sekiranya menerima arus melebihi nilai dan tempohmasa yang ditetapkan ketika penentuukuran.
 
4) Namun begitu, proses memeriksa, menguji, dan menentuukur secara berkala dalam sesetengah keadaan memerlukan sistem bekalan elektrik ke fasiliti terlibat perlu 𝗱𝗶𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶-𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀. Semakin kerap henti-tugas dilaksanakan, semakin banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh organisasi terlibat. Sektor minyak dan gas, perkilangan adalah antara sektor yang terkesan kerugian besar disebabkan henti-tugas tersebut – kilang terpaksa menanggung 𝘧𝘪𝘹𝘦𝘥 𝘤𝘰𝘴𝘵 tetapi tiada pengeluaran (𝘱𝘳𝘰𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯).
 
5) Menyedari situasi sebegini, 𝘣𝘪𝘨 𝘱𝘭𝘢𝘺𝘦𝘳𝘴 di dalam industri seperti Petronas memulakan inisiatif membawa hasrat untuk melanjutkan tempoh pengujian/penentuukuran yang sebelum ini ditetapkan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali kepada tempoh yang lebih lama. Maka, setelah perbincangan panjang terhasillah arahan No.6/2022 daripada ST tersebut.
 
6) Inisiatif telah diambil oleh agensi seperti Petronas untuk mematuhi arahan tersebut melalui program digitalisasi kepada sistem elektrik (dalam kes ini, peranti pelindung). Program digitalisasi ini antara elemennya adalah memusat dan mengintegrasikan data berkaitan peranti pelindung, menguruskan tetapan (setting management) dan penjejakan (tracking) bagi membolehkan analisa terhadap status peranti dilakukan secara real-time.
 
7) Kewujudan program digitalisasi sebegini yang bertepatan dengan teknologi IOT (internet-of-things) serta spesifikasi peranti yang mempunyai kebolehan self-diagnostic (diagnostik kendiri), condition-based management (mampu diawasi statusnya) dan alarming for power failure and setting change (memberi amaran jika berlaku kegagalan kuasa dan perubahan tetapan) secara langsung mampu memenuhi syarat ST dalam arahan yg terbaru.
 
8.) Mengintegrasikan peranti pelindung ke dalam web-based applications seperti 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗡𝗲𝘁𝘄𝗼𝗿𝗸 𝗠𝗼𝗻𝗶𝘁𝗼𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺 atau 𝗦𝗖𝗔𝗗𝗔 membolehkan pemantauan dilakukan secara lebih komprehensif dan menjimatkan masa/tenaga.
 
9) Peranan orang kompeten seperti 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗷𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 (𝘤𝘩𝘢𝘳𝘨𝘦𝘮𝘢𝘯) yang bertanggungjawab secara langsung ke atas sistem pelindungan akan berubah seiring proses digitalisasi ini. Kemungkinan bilangan orang kompeten yang diperlukan akan berkurangan pada masa akan datang kerana peranan 𝘩𝘢𝘯𝘥𝘴-𝘰𝘯 mereka (seperti melakukan 𝘷𝘪𝘴𝘶𝘢𝘭 𝘪𝘯𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 dan mengambil bacaan berkala) telah diambilalih oleh robot dan komputer. Mungkin juga penjaga jentera ini akan lebih sibuk mengoperasikan sistem di dalam bilik kawalan tanpa perlu turun ke tapak dengan kerap.
 
10) Atau mungkin juga sesetengah proses 𝘵𝘳𝘰𝘶𝘣𝘭𝘦-𝘴𝘩𝘰𝘰𝘵𝘪𝘯𝘨 pada peranti pelindung boleh dilakukan secara 𝘳𝘦𝘮𝘰𝘵𝘦 (jarak jauh) melalui jaringan internet sahaja seperti yang telah ada pada peralatan dan sesetengah industri. Sudah tentu keadaan sebegini memerlukan pula kepada penaiktarafan sistem perlindungan dan keselamatan siber (𝘤𝘺𝘣𝘦𝘳 𝘱𝘳𝘰𝘵𝘦𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘦𝘤𝘶𝘳𝘪𝘵𝘺). Namun, itu tidaklah menjadi masalah besar, malah ianya adalah peluang selagi mana matlamat utama – keselamatan sistem elektrik dan pengoperasian efisyen secara bersama dapat dicapai.
 
11) Kesimpulan – Arahan ST (ST/No.6/2022) membuka ruang perubahan cara pengoperasian sistem pelindung elektrik. Di samping memanjangkan tempoh penentuukuran berkala, arahan ini mendorong industri untuk memodenkan pengoperasian sistem pelindung melalui program digitalisasi, 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘦𝘵-𝘰𝘧-𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨𝘴 dan seumpamanya.

Ditulis oleh

Faris Husaini bin Johari
Kluster Kejuruteraan
Jabatan Profesional Muda, DPPM
Penulis merupakan ahli Kluster Kejuruteraan JPro, Jabatan Profesional Muda (JPro) DPPM. Beliau juga seorang Jurutera di salah sebuah syarikat swasta, sering berkongsi penulisan berkait tentang dunia kejuruteraan di media sosial.

18 Julai 2022