Jabatan Profesional Muda – JPro

COVID 19 : INOVASI DAN 3 SARANAN PEMUDA PAS

Sungguh menarik kupasan yang diberi oleh Ir. Khairil Nizam Khirudin (Ketua Pemuda PAS Malaysia) dalam Activate Cafe anjuran Kluster Kejuruteraan di bawah Jabatan Profesional Muda (JPro), Dewan Pemuda PAS Malaysia. Rupa-rupanya banyak inovasi tempatan dan luar negara yang dihasilkan oleh saintis, jurutera dan juga rakyat Malaysia. Bukan biasa-biasa.
 
Antaranya seperti Disinfection Chamber, Sterilization Chamber, Mobile Disinfection Chamber, Face Shield, Aerosol Box, Dron technology dan juga Thermal Scanner. Penyediaan Personal Protective Equipment (PPE) untuk barisan frontliners adalah contoh inovasi yang paling banyak dihasilkan ketika negara kekurangan bekalan tersebut.
 
Apakah saranan PAS kepada ahlinya untuk memerangi wabak COVID 19? Solusi paling mudah adalah duduk di rumah. Kemudian bagi pemuda PAS, digalakkan menderma darah.
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Jabatan Amal Malaysia (JAM) sentiasa bersedia dan aktif membantu dalam urusan kebajikan kepada masyarakat dan ketika berlakunya bencana.
 
Selain itu, Muslimat Medical Team (MusMedik) di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia telah bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) bagi menyediakan PPE kepada frontliners.
 
Di akhir diskusi, Ir. K menasihatkan rakyat Malaysia supaya,
 
1. Patuhi arahan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jangan memandai-mandai berani buat perkara yang bukan-bukan.
 
2. Jangan meletakkan segala bebanan kepada kerajaan semata-mata. Ingat, kerajaan hanya sekadar memberi subsidi untuk kurangkan bebanan, selebihnya rakyat perlu pandai berdikari.
 
3. Kembalilah kepada Tuhan. Setiasa bermuhasabah dan bersyukur dengan segala pemberianNya. Change your behavior bak kata orang putih.

Ditulis oleh

Faiz Razali,
Jurutera Rekabentuk,
Kluster Kejuruteraan
Jabatan Profesional Muda, DPPM
 
Penulis merupakan AJK & ahli Kluster Kejuruteraan, JPro. Beliau merupakan Jurutera Rekabentuk di salah sebuah syarikat swasta di Malaysia. Beliau berminat dalam dunia penulisan dan sering berkongsi pengalaman di dalam bidang kerjaya dan juga dakwah.

12 April 2020