DENGAN ILMU DAPAT MEMERDEKAKAN DIRI DARI KEJAHILAN
Assalamualaikum. Saya mengenali Ustaz Hj Wan Hamidi Bin Wan Mat di platform maya di Google meet. Melalui program dakwah Yayasan Bina Ihsan Malaysia (YBIM) ustaz bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat. Kelas ada dua sesi. Pagi dan petang. Kadang-kadang malam pun ustaz berkuliah.
Di atas itu adalah luahan hati ustaz ketika beliau sedang menerima rawatan di hospital. Ustaz masih lagi berjuang untuk meneruskan pengajian. Walaupun tidak dapat hadir ke kelas seperti biasa tiada alasan untuk beliau berhenti berehat dari mengajar.
Ustaz Hj Wan Hamidi juga aktif di bidang kebajikan. Beliau membantu mencari dana untuk megisi Tabung Lestari. Tabung ini diwujudkan untuk membantu aktiviti dakwah. Selain itu menolong mereka yang merlukan seperti mansa banjir.
Kadangkala kita tertanya apakah yang menyebabkan mereka bersemangat untuk menurunkan ilmu. Ada janji dan ganjaran yang Allah berikan di dunia dan akhirat. Tiga perkara yang selalu disebut iaitu sedekah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.
Semoga Ustaz Haji Wan Hamidi diberi kesembuhan dan pulih seperti sediakala.
Begitulah serba sedikit kisah ustaz saya. Banyak lagi kisah menarik tentang Ustaz.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah jadilah seorang yang bermanfaat seperti ustaz. Beliau sanggup bersusah payah demi agama, bangsa dan negara.
Jika orang lain mungkin sudah memilih untuk berehat di rumah bermain bersama cucu-cucu. Tapi beliau memilh untuk berkhidmat pada masyarakat. Ustaz mahu masyarakat berilmu. Merdekakan diri tidak berada dalam kejahilan. Dengan ilmu seorang dapat melakukan ibadah dengan lebih sempurna. Ibadahnya diterima oleh Allah. Insyaallah.
Jazakumullahu khairan kathira ustaz. Alhamdulillah di atas nikmat ini. Kami beruntung dapat bertemu dan menuntut ilmu dengan ustaz. Seorang bintang ilmuwan yang wajar dicontohi.
Mohon doakan kami semoga diberi kesihatan yang sebaiknya dan kelapangan untuk hadir di majlis-majlis ilmu. Semoga bermanfaat ilmunya dan dapat kami beramal dengannya.
Semoga Allah terima amal kita, dijauhkan dari azab api neraka dan dimasukkan ke syurga Firdaus. Aamiin.
Saya mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dalam penulisan ini. Saya bukan seorang penyampai yang baik.
Sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 2022 saya hadiahkan pantun ini.
Kueh talam kueh seri muka,Sedap dimakan bersama-sama,Kita semua Keluarga Malaysia,Ayuh kita sambut Merdeka.
Saya akhiri penulisan ini dengan serangkap pantun.
PULAU Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Ditulis oleh
Nor Saadah bt Hamzah
Penulis merupakan peserta dalam pertandingan penulisan sempena hari kemerdekaan dan hari Malaysia anjuran JPro dengan tema #teguhmembinanegara.
14 September 2022
Tagged teguhmembinanegara