1) Sebuah ginjal mempunyai 900 ribu ke 1 juta nephron secara purata; ia mempunyai 4 fungsi utama, iaitu penapisan darah, penyerapan semula, rembesan dan penyahtinjaan.
2) Ginjal bekerja tanpa henti menapis darah dengan anggaran 1.0 hingga 1.2 liter darah setiap minit.
3) Ginjal amat penting dalam mengimbangkan kadar keasidan dalam badan pada paras normal iaitu pada julat pH 7.35 – 7.45, iaitu paras yang membolehkan organ-organ dan sel-sel badan berfungsi dengan normal.
4) Ginjal bukan sahaja menapis darah, tetapi ia juga memainkan peranan dalam penghasilan darah dalam tubuh kita, melalui rembesan hormon ‘erythropoeitin’ yang merangsang penghasilan sel-sel darah merah. Ia turut mengimbangkan kadar hidrasi badan dan mengawal selia kadar garam galian di dalam tubuh kita.
5) Penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah di ginjal, seterusnya boleh membawa kepada kegagalan ginjal.