ACTIVATE CAFE: Kajian Pengiktirafan Jantina Ketiga: Peruntukan Undang-Undang & Justifikasi Hak Asasi
Baru-baru ini pada 14 Jun 2021 satu status di Facebook dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menimbulkan isu yang mengejutkan di mana mereka mencari penyelidik untuk mengkaji berkenaan jantina ketiga.
Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila hasil yang disasarkan daripada penyelidikan itu ialah ke arah mengiktiraf jantina ketiga di Malaysia.
Apakah kesan-kesan pengiktirafan jantina ketiga ini di Malaysia?
Apakah yang dimaksudkan hak asasi manusia yang sebenar dan adakah peruntukan hak asasi manusia dalam undang-undang di Malaysia?
Oleh itu, JPro akan membawakan siri Activate Cafe membincangkan topik berkaitan isu ini bersama panel yang berpengalaman dan jga merupakan pengamal undang-undang di Malaysia.
===========
- Durasi: 1 jam 9 minit