Jabatan Profesional Muda – JPro

KENAPA NAK DAPAT IR?

Pagi Jumaat yang penuh dgn barokah ni, teringat dengan PETRONAS’s Brand Essence: Energy Receive, Energy Return, Inspiring People Everywhere
Maka, dgn semangat yg sama, saya nak share TIPS utk jadi “Ir.” ❤️
 
Siri 1: Kenapa anda nak dpt “Ir.”?
 
1| Setiap amal bermula dgn niat:
 
“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dgn niat”. al-Hadith
 
Niat adalah langkah pertama untuk setiap sasaran dlm hidup kita. Sama macam dlm ibadah. Solat, puasa, wudhu, semua bermula dgn niat.
Niat yang baik akan diberkati! Niat yang buruk perlu dijauhi!
 
2| Apa niat @ tujuan anda bergelar Ir.?
 
Ikut kawan-kawan? Glamour? Kebanggaan? Bos arahkan buat? Salary increment?
 
Walau apa pun jawapan anda, ianya perlulah “motivational inside-outside”. Tujuan itu perlu dari kehendak anda sendiri & “syariah compliance” i.e. halal, good-deeds
 
3| Apa pula rahsia niat @ tujuan saya bergelar Ir.?
 
Menjadi jurutera profesional memberi lebih peluang kepada saya dlm peningkatan kerjaya.
 
Selepas lulus temuduga jurutera profesional, pengiktirafan dengan gelaran “Ir.” membina keyakinan saya untuk terus berbakti dgn ilmu & kompetensi dgn lebih profesional kpd _client_ dan masyarakat.
 
Paling WIN, singkatan “Ir.” sentiasa mengingatkan saya dgn mati. Innalillahwainna ilaihi Rajiun : “Ir.” Moga ianya akan memacu saya untuk lebih berhati-hati (bertaqwa) dengan nikmat dan ujian di dunia yg sementara ini.
 
4| Segala cabaran jadi mudah dgn niat yg murni & tujuan yg jelas
 
Jika niat dan tujuan anda telah jelas (atau telah dibetulkan@reset?), barulah anda mulakan langkah seterusnya untuk mengetahui kaedah, tips, dll.
 
Anda akan sanggup menghadapi rintangan & cabaran untuk bergelar Ir.
 
Walau apa pun berlaku (dirty your hand, self-learning, korban masa, yuran mahal, gagal temuduga, tak jumpa mentor, cabaran suami-isteri-anak, dll), anda tidak akan berhenti untuk sempurnakan misi ini.
 
Segala cabaran ini akan anda hadapi dengan redha, kerana anda jelas bahawa niat anda kerana Allah.
 
Anda yakin bahawa sebaik mana pun perancangan anda, tetapi Dia lah juga sebaik perancang utk masa hadapan kita.
 
5| Langkah pertama anda hari ini?
 
Kemaskan niat dan tujuan utk bergelar Ir.
 
Nantikan siri seterusnya.

Ditulis oleh

Ir Hj Khairil Nizam
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Penulis merupakan lulusan Sarjana Sains Penyelenggaraan dan Pengurusan Aset, UTP dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Mekanikal, UTP. Bekerja di syarikat gas dan multinasional sebagai Malaysian DOSH Offshore Self-Regulation Inspector.
Merupakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

7 Ogos 2019