Jabatan Profesional Muda – JPro

OLIMPIK TOKYO 2020: KE ARAH TENAGA LESTARI

Sejak sukan Olimpik pertama yang diadakan pada tahun 1896, kini lebih daripada 200 buah negara dan 11,000 orang atlet yang terlibat dalam acara sukan tersebut. Selain daripada menyediakan tempat perlawanan untuk temasya sukan, tuan rumah juga bertanggungjawab menyediakan penempatan, pengangkutan dan makanan kepada para atlet dan jurulatih yang hadir. Ini sudah tentu memerlukan kepada penggunaan tenaga yang banyak.
 
Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah pembinaan bangunan baharu untuk kegunaan temasya sukan yang boleh memudaratkan alam sekitar. Contohnya pembinaan pelbagai jenis stadium untuk keperluan sukan yang berbeza dan kawasan tempat tinggal untuk atlet bagi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu. Ini menyebabkan berlakunya banyak tempat pembuangan sampah haram untuk bahan binaan dan tumpahan sisa ke perairan.
 
Olimpik Rio 2016 boleh dijadikan sebagai pengajaran. Walaupun bandar itu sudah mempunyai dua buah padang golf yang sesuai untuk kegunaan temasya olimpik, pihak penganjur tetap memilih untuk membina sebuah padang golf baharu. Tindakan ini telah memusnahkan sebahagian hutan Atlantik di perairan Marapendi, habitat kepada spesis haiwan dan tumbuhan yang tidak terdapat di tempat lain.
 
Menyedari perkara ini, jawatankuasa penganjur Tokyo telah melaksanakan Polisi Kelestarian. Tiga daripada tema Polisi Kelestarian berkaitan dengan alam sekitar adalah:
 
1) ke arah sifar pelepasan karbon dengan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui
 
2) sifar pembaziran melalui usaha kitar semula bahan buangan daripada acara sukan dan;
 
3) biodiversiti antara alam sekitar dan kawasan bandar.
 
Berikut adalah antara usaha kelestarian yang telah di buat [4]:
 
1. Penggunaan tenaga elektrik yang dijana daripada tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, tenaga hidro dan lain-lain.
 
2. Penggunaan hidrogen sebagai bahan api menggantikan gas dan diesel seperti dalam penyalaan obor sepanjang olimpik berlangsung dan lain-lain.
 
3. Menggalakkan aktiviti kitar semula dan guna semula bahan buangan daripada acara sukan dalam kalangan kakitangan dan penonton contohnya mengelakkan penggunaan bekas plastik pakai buang.
 
4. Penggunaan tilam yang diperbuat daripada kertas kadbod yang lebih mesra alam.
 
5. Penyediaan kereta eletrik sebagai medium pengangkutan daripada tempat penginapan ke lokasi temasya sukan.
 
6. 5,000 pingat yang diperbuat daripada 80,000 tan bahan e-waster seperti telefon bimbit, kamera digital, komputer riba dan sisa elektronik lain,
 
7. Pengurangan jejak karbon melalui usaha sama syarikat swasta, kerajaan tempatan dan masyarakat setempat.
 
8. Memelihara pokok-pokok di lokasi pembangunan baharu untuk temasya sukan.
 
Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Begitulah yang boleh kita gambarkan dengan usaha baik yang telah di telah buat oleh jawatankuasa penganjur Tokyo dalam acara Olimpik Tokyo 2020.
 
Kita yakin usaha tenaga lestari akan diteruskan dan ditambah baik dalam acara Olimpik Paris 2024. Rentetan itu, industri sukan negara kita juga perlu menambah baik polisi tenaga lestari sejajar dengan usaha negara bangsa yang lain.
 
 
Sumber rujukan:
[1] Smith, M. (2008). When the games come to town: host cities and the local impacts of the Olympics. London East Research Institute Working Papers, University of East London, London, 1-95. https://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download…
 
[2] Müller, M., Wolfe, S. D., Gaffney, C., Gogishvili, D., Hug, M., & Leick, A. (2021). An evaluation of the sustainability of the Olympic Games. Nature sustainability, 4(4), 340-348. https://www.nature.com/articles/s41893-021-00696-5
 
[3] Trendafilova, S., Graham, J., & Bemiller, J. (2017). Sustainability and the olympics: the case of the 2016 Rio summer games. Journal of Sustainability Education, 16(3), 1-22. http://www.susted.com/…/sustainability-and-the…/
 
[4] The Tokyo Organizing Committee of the Olympic and Paralympic Games (2020). Sustainability Pre-Games Report – Sustainability Highlight: Showcasing a sustainable society. https://gtimg.tokyo2020.org/…/juykxnxjkjk19msywzad.pdf
 
[5] The Tokyo Organizing Committee of the Olympic and Paralympic Games (2018). Tokyo 2020 Olympic and Paralympic Games – Sustainability Policy. https://gtimg.tokyo2020.org/…/kl5xezmkpzud3llncc9i.pdf
 

Ditulis oleh

Muhamad Hafiz Hadi Bin Sumardi

Kluster Kejuruteraan,
Jabatan Profesional Muda, JPro

Penulis merupakan ahli Kluster Kejuruteraan JPro dan juga seorang juruterea aset integriti di sebuah syarikat gas dan minyak.

12 Ogos 2021