Jabatan Profesional Muda – JPro

Proceedings Simposium Kluster Kejuruteraan

Abstrak

Pelbagai isu nasional yang melanda bidang kejuruteraan pada masa kini. 
Kluster Kejuruteraan Jabatan Profesional Muda (JPro) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganjurkan Simposium Kluster Kejuruteraan pada 17 November 2024 di Auditorium 1, Kompleks Kejiranan Presint 16 Putrajaya dalam mengetengahkan isu, cabaran dan solusi terhadap tema bidang-bidang Kejuruteraan seperti 

  • Construction Engineering;
  • Highway & Transportation Engineering; 
  • Oil & Gas / Mining Engineering; 
  • Building Services / Mechanical & Electrical Engineering;
  • Manufacturing/Agriculture/Food Engineering; 
  • Data Analytics/Computer & Telecommunication Engineering;
  • Medical & Health Engineering;
  • Academia Engineering;
  • Energy & Utilities Engineering; dan
  • Environmental / Health/Safety

Simposium Kluster Kejuruteraan 2024 juga bertujuan menghimpunkan dan memposisikan golongan profesional muda untuk membina dan menyumbang kepakaran dalam bidang masing masing bagi membentuk negara Malaysia yang lebih baik dan maju dan dalam masa yang sama memastikan jaringan dan ukhuwah diantara ahli JPro dapat disemat dan berkekalan bagi mewujudkan satu jemaah yang kukuh dengan idea-idea yang baru.