BUAT ORANG SENANG FAHAM DAN INGAT APA YANG KITA CAKAP
ADAKAH ANDA ADA MASALAH INI?
CAKAP LAIN, FAHAM LAIN
Apabila kita bercakap, orang tidak faham? Kita cakap A, orang faham B? Akhirnya, dia tidak respon atau bertindak sebagaimana yang kita mahukan.
BERLAKU SALAH FAHAM
Orang selalu salah faham dengan kita? Mungkin kita cakap perkara yang positif tapi orang faham secara negatif hingga timbul persepsi tidak baik. Akhirnya, bergaduh?
LUPA & TIDAK INGAT
Orang selalu lupa dengan apa yang kita sampaikan? Atau ingat pada awal sahaja, selepas itu mula lupa? Rasa sia – sia terangkan panjang-panjang, akhirnya orang tidak ingat pun.
RAHSIA KOMUNIKASI YANG BERKESAN BUAT ORANG MUDAH FAHAM & INGAT
APAKAH YANG ANDA AKAN BELAJAR?
GAYA FIKIR + PERSONALITI
Bagaimanakah memahami gaya berfikir & personaliti manusia? Supaya kita menyampaikan maklumat berdasarkan tahap kesesuaian mereka.
TUKAR EMOSI JADI MEMORI
Pernah dengar, less emotion, less memory? Ketahui teknik mengingat dengan memanipulasi emosi menjadi energi seterusnya membentuk memori.
TEKNIK ANCHORING
Dengan teknik ini, orang akan ingat maklumat dengan lebih lama. Ini membuatkan mereka tergiang-ngiang maklumat yang kita pasakkan dalam minda mereka, hingga sebelum tidur pun masih teringat.